alhamdulillah...tertukar tumpuan dari facebook ke blogger pulak...i think i love to write and read my notes tapi tak suke diperhatikan.
berbanding beberapa bulan yang lepas...beberapa minggu ini mungkin adalah juga antara minggu2 yang panjang dalam hidupku penuh dengan drama dan cerita-cerita yg belum pernah aku jangka akan tiba dalam hidup ini....well, today mcm biasa...a single person like me would be very interested bab-bab perkahwinan ke alam perkahwinan so on and on...lepas habis kerja semua ...log on to fb and flip on some album perkahwinan kawan-kawan....earlier today pulak sewaktu buat lelongan barangan lama...came across sepasang suami isteri...semalam met my mum's friend...pendek kata mcm -mcm jenis pasangan ade kat luar sane....make me wonder, sebenarnya perkahwinan ini memang bukan happily ever after...well its all just a beginning towards becoming a better you or may be a declining you ...sape tahu, maka Allah yang lebih tahu...bila duduk seharian di tempat kerja pun mcm-mcm jenis suami yg ada...ada suami yg sangatt teramat baik hati dan murah hati tapi isteri pula tak habis-habis meminta dan sangat mengada, ade jugak yg suami baik hati , tak pemurah sangat...tapi a rational person....isterinya penyayang dan lembut pula....semua ini hanya pada mata kasar kita...ade jugak aku bertemu dan masih ingat lagi kesah seorang isteri yang sarat mengandung...dia mahu beli gelang yang amat disukainya dengan wangnya sendiri (dari pekerjaannya) tapi sangat dihalang keras oleh si suami...sehingga akak tu mengalirkan air matanya di depan aku.....pada masa itu , aku benar2 hilang kepercayaan pada makhluk bernama suami....later in my life, aku jumpa pula sepasang suami isteri...suaminya lebih muda dari isterinya, namun amat baik sekali dan penyayang orangnya, muka aku pun die tak nk tengok demi menjaga hati isterinya, mashaAllah...benar2 membuatkan tidak sabar menanti kekasihku yakni suamiku nanti....mudahan Allah kurniakan yang benar-benar indah bagiku....ada juga kesah sedih yg berlalu dalam hidup ku....seorang kakak dan abang bagiku, mereka pasangan yang amat kasih dan sayang , mestilah juga cinta tapi setelah anak 2 mereka berpisah juga....Allah telah memberikan jodoh mereka buat tempoh2 tertentu....sedangkan pada mata kasarku, abang dan kakak itu masih saling mencintai,biarpun mereka suka memarahi sama sendiri...aku mulai berfikir, semasa mereka bercinta, aku agak mereka pasti dicemburui oleh segenap org yg melihat, abang itu kaya dan berikan apa sahaja yg kakak itu minta termasuklah apa2 barang yg berjenama high end fendi , hermes....lepas kawin, aku sendiri pun ade rase wow seronoknya kakak tu....cantik lagi beruntung....tapi i'm so happy for her, itulah dinamakan jodoh ....walaupun mereka pernah disatukan akhirnya mereka masih perlu struggle untuk tangkis dugaan yg menghalang cinta mereka....pernah aku terdengar seorang wanita tua....yang amat mencintai suaminya, setelah suaminya meninggal dunia....wanita itu masih memanggil2 nama suaminya untuk makan tengahari, untuk keluar bersama , maklumlah sudah 75tahun hidup bersama, akhirnya wanita itu meninggal dunia selepas seminggu pemergiaan suaminya....sehayat suaminya tidaklah bagi mata kasarku nampak mcm pak cik itu sangat penyayang....tetapi isterinya , kasih sayang isterinya melembutkan hati suaminya .....dan cintanya pada suaminya membuatku rasa ingin memiliki rasa sayang yang amat mendalam seperti itu....inshaAllah....hidup ini memang pelik dari pemahaman kita....kadang-kadang baik pada mata kita belum tentu baik untuk kita secara keseluruhan, buruk pada mata kita belum tentu buruk akibatnya nanti....dan panduan yang baik tentulah Al-Quran dan As Sunnah...
Jika kita nk hitung atau buat "evaluation" pada ciri-ciri perkahwinan sempurna, pastinya kita tidak akan dapat mencari suatu titik kesempurnaan , kerana tahu atau tidak , sedar atau tidak sedar banyak yang berlaku dan berlalu dalam hidup kita adalah ketidaksempurnaan adalah kesempurnaan....wallaualam...rasanya bahu dah letih....inshaAllah i'll c u tomorrow my bloggy....esok nk cari inti kesempurnaan, bagaimana kebanyakkan org melihat Islam sebagai agama sempurna, tetapi memberi kepayahan pada yg lain - mungkin ke ini teknik dakwah yg baik atau wujudkan jurang yg lebih besar buat yg baru mahu mengenal Islam....mudahan Allah beri pencerahan pada kita semua